Home » » Pelatih PLKN Meninggal

Pelatih PLKN Meninggal

Written By Huzaimy Anuar on Tuesday, 13 March 2012 | 06:29


Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Sungai Siput meninggal dunia malam tadi selepas dirawat selama tiga hari di Hospital Sungai Siput.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Supt Azman Salim berkata, R Vinoth, 18, yang berasal dari Padang Jawa, Klang, Selangor meninggal dunia pada 10 malam tadi.

Laporan kematian dibuat oleh bapanya hari ini dan punca kematian belum diketahui.

"Kita sedang menunggu hasil bedah siasat hospital berkenaan," kata Azman kepada pemberita hari ini.

Vinoth dilaporkan demam di kem berkenaan beberapa hari hari dan dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk mendapatkan rawatan.

Dia mengikuti program berkenaan awal Januari lalu dan dijangka tamat latihan itu Jumaat ini.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. BlogSemasa2u - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger